Tuesday 21 January 2014

Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan Kreatif Maulidur Rasul KPM 2014


Hari ini dalam sejarah. 21 januari 2014 berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul  peringkat KPM, bertempat di UTM. Pertama kali di jemput hadir dalam mjlis maulid peringkat KPM, atas tiket penerima anugerah Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Islami) cukup mengujakan. Seronok menikmati majlis,bermula dengan perarakan, ceramah dari ustaz Rifqi (Guru Cemerlang Pend.islam), pelancaran buku dakwah dan kemuncaknya, penyampain hadiah untuk sayembara cerpen, anugerah surau cemerlang dan pertandingan sepanduk terbaik, juga kontinjen terbaik.

Tahniah diucapkan kepada 13 orang pemenang Sayembara Penulisan Kreatif. Berasa beruntung terpilih dari 216 penyertaan dari seluruh negara. sempat berbual dengan pemenang-pemenang tentang tema yang diketengahkan adalah persaudaraan, Palestin dan Rohingya, dakwah dan lain-lain.

DI benak saya, sudah terakam visual buku kompilasi Cerpen Sayembara bertajuk RUMAH MAHABBAH, karya Ustaz Nazri Hussein dari Sk Bukit Kuang, Kemaman. Beliau adalah pemenang tempat pertama dalam sayembara ini. Sebagai penulis, melihat karya sendiri dibukukan atau diterbitkan- perasaan itu indah sekali. (Mudah-mudahan Allah kabulkan. Amin)

 Tahniah juga pada peserta perarakan Sk Taman Mutiara Rini, mendapat tempat ke3 kategori kontinjen terbaik sekolah rendah. 

2 comments:

  1. Tahniah Elina Balqis!..manfaatkan usia muda mengukir nama di bidang penulisan sekaligus bonus dan kredit untuk perkhidmatan!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..kira doa sama2..dipermudahkan urusan di bidg ini..

    ReplyDelete