Wednesday, 12 March 2014

Bagaimana Mencipta Lirik Lagu?

SUBHABALLAH, maha sucu Allah merezekijan aku belajar ilmu baru iaitu mencipta lirik.

Kadang cemburu juga menghayati baris demi baris lirik dalam lagu di corong radio. Juga  bingung, apabila di suruh membuat lirik nasyid untuk MTQ. Dek kerana sedikit bakat dakam penulisan, sahabat guru memberi amanah kepada diri  untuk membuat lirik. Mujur juga lirik tersebut hanya tinggal lirik disebabkan tidak berjaya mencari pengubah lagunya.

KURSUS DAKWAH MELALUI SENI di ILIM  bersama Ust Idzhar bin Jumali (Nowseeheart) Beruntungnya dapat belajar dari beliau.


Beliau menerangkan kepada kami bahawa MUSIK ISLAMI pasti disandarkan kepada 4 perkara:

1. ke TAUHID an

2. ke PATUH an

3. ke INDAH an

4. ke BENAR an

lirik lagu yang baik pula memerlukan kepada KREATIVITI. Dari mana agaknya timbul kreativiti?

1. Biasakan diri dengan TERJEMAHAN AL-QURAN DAN HADIS dalam mencari ilham.

2. MELIHAT ALAM. kaitkan alam itu dengan diri manusiawi. Lirik lagu yang dibuat akan jadi indah.

Contoh: Lagu Kedamaian Yang Hilang.

TERCALAR PELANGI DIHIRIS GERIMIS
SENJA PUN MERANGKAK MENUTUP MENTARI
TERBIAS WARNANYA KE WAJAH

3. Memasukkan sifat manusia pada benda jumud bila mencari perkataan untuk bekarya. Contohnya melihat kaca mata. Kira boleh membina ayat

TANPA KACA MATA IMAN, HIDUP KAN MUSNAH.


ADA 2 KAEDAH MENULIS LIRIK

1. MENULIS LIRIK tanpa lagu
2. Menulis LIRIK dengan Lagu

 Bagi kaedah yang pertama, dirasakan sukar tapi dapat menanggapi maksud pengubah lagu. Maka kita tidak akan tersalah, contohnya lagu yang diberi rancak sedangkan kita menulis bertemakan kesedihan.

Dalam sesi latihan. Kami diberi pilihan untuk memilih satu lagu dan mengubah liriknya. Caranya ialah dengan:

1. Tulis ____ ____ ____ _____ ______ _____ _____  ____ ____ _____ bagi baris lagu.

Contohnya..bagi lirik

Tercalar pelangi dihiris gerimis

___ ___ ____  ___ ____ ____ ___ ___ ___ ___
____ ____ ( ikut suku kata/ rima)

Na  na  na   na na na   na na na.  na na na

Jadi kita boleh tukar jadi lirik lagu yang lain.

Semoga tulisan ini dapat memberi sedikit input. Jika tersilap, maafkan saya jika tersalah istilah ketika menerangkan.

SELAMAT mencipta lirik!




No comments:

Post a Comment