SENI PERTUKANGAN KAYU (MEMBUAT NISAN
DAN KEPUK)
Ayah saya sendiri adalah pembuat
nisan kayu dan kepuk ( Binaan kayu berbentuk empat segi yang memagari kubur)
Sayang jika tidak berkongsi dengan orang lain tentang seni ini kerana ia
tetaplah warisan Melayu. Kadang aneh juga, ayah saya yang tiada kena mengena
langsung dengan pembuatan nisan ini, tiba-tiba sahaja dapat membuat nisan dari
kayu ini dengan kemas dan cantik. (Ayah hanya belajar dari sahabatnya, lalu
mencubanya sendiri.) inilah kehebatan orang lama-lama. Kaya pengalaman walau
pendidikan tidak setinggi mana.
KELEBIHAN KAYU CENGAL
Untuk pengetahuan, nisan-nisan kayu
dan kepuk biasanya dibuat dari kayu jenis Cengal. Alasan ayah mudah sahaja.
Keutuhan kayu ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Jika 50 tahun sekalipun, ia
tidak akan dimamah usia. Rasa kayu ini pahit, ini menyebabkan kayu jenis ini
tidak akan dimakan oleh anai-anai, bubuk atau sebangainya. Nah, inilah rahsianya. Allah maha hebat.
Segala ciptaannya sempurna, demi memenuhi keperluan hidup manusia.
ALATAN YANG DIPERLUKAN
PROSES PEMBUATAN
a)
Ukuran
untuk nisan perempuan
b) Ukuran untuk nisan lelaki
1.
Mendapatkan
kayu cengal mengikut ukuran untuk nisan. Ukuran untuk membuat nisan berbeza
untuk lelaki, perempuan juga kanak-kanak. Nisan lelaki bersegi dan cembung,
manakala nisan perempuan lebih pipih. Begitu juga dengan ukuran bagi kepuk,
berbeza antara kepuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
2.
Potongan
kayu perlu di ketam supaya mendapat kehalusan dan ketepatan ukuran.
3.
Memotong
kayu nisan mengikut patern menggunakan alat pemotong elektrik. Ianya lebih
kemas dan cepat berbanding menggunakan pahat dan parang. Kayu yang sudah siap
di bentuknya.
a) Nisan perempuan
4.
Kayu
yang sudah siap dibentuk, perlu disyelek beberapa kali untuk mendapatkan warna
yang cantik dan sesuai menggunakan minyak kuing. ( Boleh pilih tone warna-warna
yang disukai.)
PROSES MENGECAT KAYU KEPUK
a)
Kepingan
kayu kepuk yang dalam proses mengecat.
b) Kepuk yang sudah siap di pasang
Kepuk dan nisan sudah siap. Nama
Allahyarmah pun sudah dilekat. Tinggal di bawa ke kubur. Tempahan membuat nisan
dan kepuk ini tidak sempurna lagi, Ayah
sendiri akan memasang nisan dan kepuk di kubur
Allahyarmah atau allahyarham.
Assalam salam aidiladha..strory yg menarik..sy berminat untuk order kepuk kubur dari ayah saudari jika diberikan kesempatan..maaf btanye
ReplyDeleteBoleh sy dptkn no saudari jika tiada halangan..no hp sy 012-3083608
ReplyDelete