Ruang lingkup dakwah itu besar. Terpulg bagi diri untuk memilih yg mna..tiap individu itu unik. Allah rezekikan untuk mereka berjuang dgn cara masing-masing..demi bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat
Saturday, 15 March 2014
Wednesday, 12 March 2014
Bagaimana Mencipta Lirik Lagu?
SUBHABALLAH, maha sucu Allah merezekijan aku belajar ilmu baru iaitu mencipta lirik.
Kadang cemburu juga menghayati baris demi baris lirik dalam lagu di corong radio. Juga bingung, apabila di suruh membuat lirik nasyid untuk MTQ. Dek kerana sedikit bakat dakam penulisan, sahabat guru memberi amanah kepada diri untuk membuat lirik. Mujur juga lirik tersebut hanya tinggal lirik disebabkan tidak berjaya mencari pengubah lagunya.
KURSUS DAKWAH MELALUI SENI di ILIM bersama Ust Idzhar bin Jumali (Nowseeheart) Beruntungnya dapat belajar dari beliau.
Beliau menerangkan kepada kami bahawa MUSIK ISLAMI pasti disandarkan kepada 4 perkara:
1. ke TAUHID an
2. ke PATUH an
3. ke INDAH an
4. ke BENAR an
lirik lagu yang baik pula memerlukan kepada KREATIVITI. Dari mana agaknya timbul kreativiti?
1. Biasakan diri dengan TERJEMAHAN AL-QURAN DAN HADIS dalam mencari ilham.
2. MELIHAT ALAM. kaitkan alam itu dengan diri manusiawi. Lirik lagu yang dibuat akan jadi indah.
Contoh: Lagu Kedamaian Yang Hilang.
TERCALAR PELANGI DIHIRIS GERIMIS
SENJA PUN MERANGKAK MENUTUP MENTARI
TERBIAS WARNANYA KE WAJAH
3. Memasukkan sifat manusia pada benda jumud bila mencari perkataan untuk bekarya. Contohnya melihat kaca mata. Kira boleh membina ayat
TANPA KACA MATA IMAN, HIDUP KAN MUSNAH.
ADA 2 KAEDAH MENULIS LIRIK
1. MENULIS LIRIK tanpa lagu
2. Menulis LIRIK dengan Lagu
Bagi kaedah yang pertama, dirasakan sukar tapi dapat menanggapi maksud pengubah lagu. Maka kita tidak akan tersalah, contohnya lagu yang diberi rancak sedangkan kita menulis bertemakan kesedihan.
Dalam sesi latihan. Kami diberi pilihan untuk memilih satu lagu dan mengubah liriknya. Caranya ialah dengan:
1. Tulis ____ ____ ____ _____ ______ _____ _____ ____ ____ _____ bagi baris lagu.
Contohnya..bagi lirik
Tercalar pelangi dihiris gerimis
___ ___ ____ ___ ____ ____ ___ ___ ___ ___
____ ____ ( ikut suku kata/ rima)
Na na na na na na na na na. na na na
Jadi kita boleh tukar jadi lirik lagu yang lain.
Semoga tulisan ini dapat memberi sedikit input. Jika tersilap, maafkan saya jika tersalah istilah ketika menerangkan.
SELAMAT mencipta lirik!

Tuesday, 11 March 2014
Terima Kasih Ya Allah Temukan dengan Fatimah Syarha
Saya di sini sejak semalam.(Institut Latihan Islam Malaysia) Hari ini, sejak jam 8.30 hingga jam 1.30 petang, tidak terasa neneladani ilmu penulisan dengan yang berbahagia ustazah Fatimah Syarha.
Katanya penulisan bermula dengan
TAHU MAHU DAN MAMPU.
Katanya lagi yang terkesan di hati saya:
1. Rujuk al-quran dan kitab ulama tika menulis. Ia mencambah idea.
2. Menulis dengan apa yang paling kita tahu. Iaitu apa yg berlaku di sekeliling kita,atau bidang tugas kita. Itulah yang dilakukan beliau. Beliau menulis tentang dirinya dan suami dan keluarganya.
3. Menjadi penulis bermula dengan menulis. Tulis apa sahaja. Barulah kita tahu kekuatan diri. Menulis tiap hari walau seperenggan. Kalau sukar sangat 1 huruf.
4. Beliau menyantuni kami sebaiknya. Seolah-olah kami penulis hebat sepertinya.
5. Masukkan Gaya bahasa indah(peraobafikasi, simile,metafora,hiperbola,sinkof)
6. Beliau ajar kami menyantuni alam dengan memerhati alam. Juga belajar untuk merasai setiap perkara yang berlaku. Penulis pasti punya jiwa peka, halus dan perasa.
7. Dengan benda pegun pun kita masih boleh belajar untuk berbahasa. Contohnya. Dengan melihat matahari. Kita boleh membina ayat begini:
Matahari demam, kamudian selesema pula..(Melambangkan mendung dan kemudian hujan renyai.)
Pertemuan ini sangat menggetarkan nu
bari. Terima kasih ya Allah merezekikan pertemuan ini. Sempat saya minta doa dari beliau supaya menjadikan saya hebat sepertinya. Amin

SENI PERTUKANGAN KAYU (MEMBUAT NISAN DAN KEPUK)
SENI PERTUKANGAN KAYU (MEMBUAT NISAN
DAN KEPUK)
Ayah saya sendiri adalah pembuat
nisan kayu dan kepuk ( Binaan kayu berbentuk empat segi yang memagari kubur)
Sayang jika tidak berkongsi dengan orang lain tentang seni ini kerana ia
tetaplah warisan Melayu. Kadang aneh juga, ayah saya yang tiada kena mengena
langsung dengan pembuatan nisan ini, tiba-tiba sahaja dapat membuat nisan dari
kayu ini dengan kemas dan cantik. (Ayah hanya belajar dari sahabatnya, lalu
mencubanya sendiri.) inilah kehebatan orang lama-lama. Kaya pengalaman walau
pendidikan tidak setinggi mana.
KELEBIHAN KAYU CENGAL
Untuk pengetahuan, nisan-nisan kayu
dan kepuk biasanya dibuat dari kayu jenis Cengal. Alasan ayah mudah sahaja.
Keutuhan kayu ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Jika 50 tahun sekalipun, ia
tidak akan dimamah usia. Rasa kayu ini pahit, ini menyebabkan kayu jenis ini
tidak akan dimakan oleh anai-anai, bubuk atau sebangainya. Nah, inilah rahsianya. Allah maha hebat.
Segala ciptaannya sempurna, demi memenuhi keperluan hidup manusia.
ALATAN YANG DIPERLUKAN
PROSES PEMBUATAN
a)
Ukuran
untuk nisan perempuan
b) Ukuran untuk nisan lelaki
1.
Mendapatkan
kayu cengal mengikut ukuran untuk nisan. Ukuran untuk membuat nisan berbeza
untuk lelaki, perempuan juga kanak-kanak. Nisan lelaki bersegi dan cembung,
manakala nisan perempuan lebih pipih. Begitu juga dengan ukuran bagi kepuk,
berbeza antara kepuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
2.
Potongan
kayu perlu di ketam supaya mendapat kehalusan dan ketepatan ukuran.
3.
Memotong
kayu nisan mengikut patern menggunakan alat pemotong elektrik. Ianya lebih
kemas dan cepat berbanding menggunakan pahat dan parang. Kayu yang sudah siap
di bentuknya.
a) Nisan perempuan
4.
Kayu
yang sudah siap dibentuk, perlu disyelek beberapa kali untuk mendapatkan warna
yang cantik dan sesuai menggunakan minyak kuing. ( Boleh pilih tone warna-warna
yang disukai.)
PROSES MENGECAT KAYU KEPUK
a)
Kepingan
kayu kepuk yang dalam proses mengecat.
b) Kepuk yang sudah siap di pasang
Kepuk dan nisan sudah siap. Nama
Allahyarmah pun sudah dilekat. Tinggal di bawa ke kubur. Tempahan membuat nisan
dan kepuk ini tidak sempurna lagi, Ayah
sendiri akan memasang nisan dan kepuk di kubur
Allahyarmah atau allahyarham.
Wednesday, 5 March 2014
DOWNLOAD FONT JAWI UNTUK WORD
Assalamualaikum. Saya tidak berkesempatan untuk menulis panjang lebar. Mudah sahaja, untuk download font jawi untuk di gunakan dalam mcrosoft word, saya sediakan pautannya
1. Dengan mudah anda boleh install terus folder font.
2. Buka font jawi satu-persatu.
3. Tekan butang install. (untuk install font yang disukai)
4. selesai
Semoga entri ringkas ini dapat membantu.
1. Dengan mudah anda boleh install terus folder font.
2. Buka font jawi satu-persatu.
3. Tekan butang install. (untuk install font yang disukai)
4. selesai
Semoga entri ringkas ini dapat membantu.
Tuesday, 21 January 2014
Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan Kreatif Maulidur Rasul KPM 2014
Hari ini dalam sejarah. 21 januari 2014 berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat KPM, bertempat di UTM. Pertama kali di jemput hadir dalam mjlis maulid peringkat KPM, atas tiket penerima anugerah Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Islami) cukup mengujakan. Seronok menikmati majlis,bermula dengan perarakan, ceramah dari ustaz Rifqi (Guru Cemerlang Pend.islam), pelancaran buku dakwah dan kemuncaknya, penyampain hadiah untuk sayembara cerpen, anugerah surau cemerlang dan pertandingan sepanduk terbaik, juga kontinjen terbaik.
Tahniah diucapkan kepada 13 orang pemenang Sayembara Penulisan Kreatif. Berasa beruntung terpilih dari 216 penyertaan dari seluruh negara. sempat berbual dengan pemenang-pemenang tentang tema yang diketengahkan adalah persaudaraan, Palestin dan Rohingya, dakwah dan lain-lain.
DI benak saya, sudah terakam visual buku kompilasi Cerpen Sayembara bertajuk RUMAH MAHABBAH, karya Ustaz Nazri Hussein dari Sk Bukit Kuang, Kemaman. Beliau adalah pemenang tempat pertama dalam sayembara ini. Sebagai penulis, melihat karya sendiri dibukukan atau diterbitkan- perasaan itu indah sekali. (Mudah-mudahan Allah kabulkan. Amin)
Tahniah juga pada peserta perarakan Sk Taman Mutiara Rini, mendapat tempat ke3 kategori kontinjen terbaik sekolah rendah.
Friday, 17 January 2014
Berbahasa dengan indah
Bahasa Melayu itu indah jika kita semua menggunakan bahasa dengan baik. Mari kita berusaha nemperbaiki diri:
Apabila bercakap kita selalu mencampur aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sehingga kita merasakan hal itu biasa, dan bukan satu kesilapan.
Saya sendiri begitu, sehingga saya terpesona dengan guru Bahasa Malaysia di sekolah saya. Apabila berucap, butir bicaranya kemas, teratur dan mudah difahami murid. Di waktu yang lain, beliau sempat berpantun. Murid-murid bertepuk tangan.
Mulakan dengan bicara kita, kemudian dengan apa yang kita tulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)